Cara lebatkan dan menjaga jambang lelaki serta menguatkan rambut lelaki
Jambang dan janggut adalah sesuatu yang tidak boleh lari dari lelaki. Ramai lelaki yang menginginkan jambang dan janggut yang cantik untuk nampak lebih maskulin dan macho di mata para wanita idaman. Namun tidak ramai yang mengambil endah cara penjagaan dan cara untuk mendapatkan janggut yang lebat dan menawan. Artikel ini akan cuba mengupas tajuk menarik ini. Cara lebatkan dan menjaga jambang lelaki. Antara cara traditional yang popular untuk melebatkan janggut dan jambang adalah dengan menggunakan putih telur atau aloe vera. Ada juga yang menggunakan telur udang. Caranya dengan menyapu telur udang di jambang setiap kali sebelum tidur malam dan biarkan hingga pagi. Cara ini mungkin berkesan tapi jaga-jaga kena gigit semut nanti :) Lelaki yang berjambang sebenarnya bukan sahaja melambangkan kelakian. Tapi mengikut sunnah. Namun jambang yang tidak terjaga, kusut dan tidak terurus sebenarnya menampakkan lelaki itu seorang yang tidak menjaga penampilan diri atau kurang cermat. Wanita lebih...